fbpx

Piala Asia: Boleh ‘makan’ Jordan, Bahrain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain negara disarankan tidak memikirkan peluang melangkah terlalu jauh, sebaliknya fokus kepada aksi peringkat kumpulan terlebih dahulu. - FAM

SKUAD Harimau Malaya digesa untuk tidak memandang terlalu jauh, sebaliknya fokus kepada melunaskan cabaran di peringkat Kumpulan E menjelang aksi pertama Piala Asia menentang Jordan di Stadium Al Janoub, Doha awal pagi Selasa ini.

Legenda bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan berharap barisan pemain negara yang dibimbing Kim Pan-gon tidak tertekan dengan harapan tinggi yang diletakkan oleh peminat bola sepak tanah air.

Kata Zainal, Malaysia telah diundi dalam pasukan seimbang dengan dua perlawanan menentang negara ‘pak Arab’ iaitu Jordan dan Bahrain bakal menjadi penentu hala tuju pasukan pada kejohanan terbesar Asia itu.

“Saya harap pasukan fokus pada aksi peringkat kumpulan dahulu. Atas kertas, kita harus akui kualiti pasukan Korea Selatan terlalu jauh untuk ditandingi.

“Namun, saya percaya kita memiliki peluang untuk mencipta kejutan apabila bertemu Jordan dan Bahrain nanti.

“Justeru, saya harap dua perlawanan pertama nanti pasukan dapat meraih keputusan positif, sekali gus membuka saingan dengan langkah kanan,” katanya kepada Kosmo!.

Bekas penyerang negara era 80-an itu mengakui, peminat bola sepak tanah air kini sudah dilanda ‘demam’ Harimau Malaya dan mereka pastinya berdoa untuk memastikan pasukan dapat melakar sejarah baharu di bumi Qatar nanti.

“Harapan besar diberikan oleh peminat bola sepak tanah air dan ini adalah masa untuk pemain buktikan keupayaan selain membalas kepercayaan yang diberikan.

“Kita di sini hanya mampu berdoa agar pasukan dapat melangkah jauh, sekali gus terus menaikkan ranking skuad kebangsaan nanti,” jelas Zainal.

Harimau Malaya bakal membuat kemunculan semula di pentas Piala Asia buat kali pertama sejak menjadi tuan rumah pada edisi 2007.

Dua pasukan terbaik dalam peringkat kumpulan termasuk empat negara yang mengutip mata tertinggi di kedudukan ketiga layak untuk beraksi di pusingan 16 pada kejohanan kali ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI