fbpx

Sabah, Sarawak dijangka hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang terhadap negeri Sabah dan Sarawak sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia menerusi laman Facebook rasminya berkata, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk berkenaan adalah sekitar Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang, Sarawak serta Sabah di Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu).

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

MetMalaysia turut mengeluarkan penamatan amaran hujan berterusan (waspada) di dua negeri hari ini.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, didapati cuaca bertambah baik dan tiada potensi hujan berterusan di negeri Pahang dan Johor.

“Amaran hujan lebat (peringkat kuning) untuk Pahang (Rompin) dan Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) kini ditamatkan,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan. Talian hotline MET Malaysia 1-300- 22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI