fbpx

[VIDEO] BMW ‘terjun’ tingkat dua parkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan mangsa yang remuk dalam kejadian itu di Setia Alam, Selangor.-Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED

SHAH ALAM – Suasana di kawasan sebuah bangunan syarikat di Setia Alam, di sini, gempar apabila seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya terjatuh dari tingkat dua parkir premis itu, malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu menimpa mangsa tempatan berusia lingkungan 40-an yang memandu kereta jenis BMW.

Difahamkan, mangsa dipercayai melanggar tembok di parkir itu sebelum terjatuh sehingga menyebabkan kereta berkenaan terbalik di kawasan rumput berdekatan.

Tinjauan Kosmo! di lokasi kejadian mendapati lelaki itu berjaya dikeluarkan orang awam dan tiada kemalangan jiwa lain dilaporkan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, empat anggota termasuk pegawai dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar bergegas dalam operasi menyelamat berkenaan.

“Setibanya di lokasi, kereta itu didapati berada di kawasan rumput selepas terjatuh dari tingkat dua parkir berkenaan dan mangsa sudah dikeluarkan sebelum ketibaan bomba,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah beliau, mangsa dipercayai hanya mengalami kecederaan dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi rawatan lanjut. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI