fbpx

Calon parti pemerintah menang pilihan raya Presiden Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ing-wen (kiri) bersama Ching-te (kanan) di luar bangunan DPP, Taipei hari ini. - Foto AFP

TAIPEI  – Lai Ching-te yang merupakan calon parti pemerintah, Parti Progresif Demokratik (DPP),  menang pilihan raya Presiden Taiwan hari ini dengan memperoleh 40.2 peratus undi selepas  dua lawannya mengaku kalah di hadapan penyokong masing-masing.

Keputusan itu berdasarkan pengiraan melibatkan 98 peratus pusat mengundi di seluruh Taiwan, demikian menurut angka disiarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat.

Keputusan tersebut menunjukkan saingan  utama Ching-te daripada Parti Kuomintang(KMT), Lai Hou Yu-ih menduduki tempat kedua dengan 33.4 peratus undi.

Dalam pilihan raya itu, calon populis daripada Parti Rakyat Taiwan (TPP), Ko Wen-je pula memperoleh 26.4 peratus undi.

Hampir 20 juta orang layak mengundi dalam pilihan raya kali ini tetapi peratusan  keluar mengundi masih belum diumumkan.

Kemenangan Ching-te melanjutkan lagi pemerintahan DPP selepas lapan tahun di bawah Presiden Tsai Ing-wen yang telah mencapai had dua penggal memerintah Taiwan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI