fbpx

EPL: Chelsea raih kemenangan moral

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain muda Chelsea, Cole Palmer meraikan jaringan yang dilakukan ke atas Fulham sebentar tadi.

LONDON – Pasukan Chelsea kembali berada di landasan kemenangan selepas melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Fulham pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad The Blues kendalian Mauricio Pochettino membariskan kesebelasan terbaik dengan menyeraikan pemain utama seperti Raheem Sterling, Cole Palmer dan Enzo Fernandez.

Pasukan tuan rumah dilihat bermula garang apabila melakukan beberapa siri percuabaan ke kubu lawan menerusi ledakan Fernandez, Sterling dan kapten, Conor Gallagher tetapi gagal menembusi gawang gol.

Gol yang dicari akhirnya tiba pada penghujung babak pertama menerusi sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh Palmer selepas Sterling dijatuhkan pemain lawan.

Bersambung pada babak kedua, Fulham dilihat memperkemaskan jentera serangan dengan penyerang utama, Raul Jiminez melakukan sepakan menarik tetapi berjaya diselamatkan penjaga gol, Raul Jiminez.

Chelsea hampir menggandakan kelebihan sebelum wisel penamat tetapi rembatan yang dilakukan oleh Gallagher sekadar menggegar gawang gol dengan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan tersebut menyaksikan The Blues bangkit selepas dikritik hebat apabila tewas 0-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris (EFL) kepada Middlesbrough, Rabu lepas.

Kini, Chelsea akan mengalihkan tumpuan untuk mengharungi aksi separuh akhir kedua di Stamford Bridge pada minggu depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI