STOCKHOLM, Sweden – Seorang pesohor media sosial Sweden menyiarkan klip video menunjukkan rambutnya beku dan terpacak ketika dia berada di luar kediamnanya, lapor portal berita newsnine semalam.
Ketika kejadian, suhu berada pada bacaan -30 darjah Celsius.
“Suhu sudah mencecah -30 darjah Celsius. Saya cuma mahu membuat sedikit eksperimen,” tulis Elvira Lundgren pada keterangan pada video tersebut.
“Saya sudah melakukan banyak kali mandi ais suatu ketika dahulu. Ini menyebabkan tubuh saya dapat menyesuaikan diri dengan suhu sejuk dan sistem imunisasi saya kuat,” kata wanita itu.
Rambutnya itu mempunyai bentuk seperti ‘mahkota’ ketika dia melakukan eksperimen itu.
Ramai netizen memberikan komen antaranya ialah ada yang dengan nada bergurau menulis: “Hari rambut yang teruk.” – AGENSI