fbpx

Ella sasar tunai haji tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLA

PETALING JAYA – Ratu rock Ella berkongsi impian bersempena kehadiran tahun baharu dengan berharap hasrat menunaikan ibadah haji dapat direalisasikan tahun ini.

Kata pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin, 57, beberapa perancangan lain membabitkan kerjaya seni turut berada dalam senarai teratasnya bagi 2024.

“Insya-Allah, kalau diberikan rezeki dan umur yang panjang, saya ingin mengerjakan haji di Tanah Suci Mekah.

“Mengenai lagu baharu pula, kalau boleh memang saya ingin keluarkan secepat mungkin,” katanya dalam perkongsian Instagram.

Pada masa sama, penghibur kesayangan ramai itu menitipkan pesanan kepada peminat agar berwaspada dalam situasi masa kini terutama dengan penyebaran semula Covid-19.

“Covid-19 bukanlah sesuatu yang baharu buat kita. Hati-hati apabila berada dalam keadaan ramai orang. Pakai pelitup mata dan jaga kesihatan selalu.

“Kalau boleh elakkan keluar dengan terlalu kerap kecuali untuk hal yang penting sahaja,” ujarnya.

Penyanyi itu kini dalam persediaan merealisasikan Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Kota Kinabalu, Sabah pada 20 Januari ini.

Bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), persembahan mega itu adalah siri keempat jelajahnya selepas kejayaan konsert sama di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Singapura.

Terdahulu, siri jelajahnya meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) sebagai konsert paling laris dengan jualan 10,000 tiket dalam tempoh 24 jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI