fbpx

MHC perlu RM12 juta tampung perbelanjaan keseluruhan 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal.

KUALA LUMPUR – Biarpun angka RM12 juta dianggap sedikit untuk menguruskan badan induk besar seperti Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), namun Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal mengakui sukar untuk mendapatkan dana tersebut lagi-lagi sewaktu ekonomi mencabar pada waktu ini.

Tegasnya, MHC memerlukan sekurang-kurangnya RM12 juta untuk menampung perbelanjaan dan pengurusan agar ia dapat memastikan segala perancangan badan induk tersebut berjalan dengan lancar bagi musim 2024 ini.

Justeru, Subahan Kamal menegaskan pihaknya perlu berusaha lebih gigih terutama untuk mencari dana tambahan yang diperlukan tahun ini dan tidak mengharapkan bantuan kerajaan semata-mata.

“Kalau kita nak jalankan MHC ini dengan selesa kita perlu sekurang-kurangnya RM12 juta setahun. Kerana seperti sedia maklum MHC juga perlu membayar gaji pemain sebagainya. Kita tidak seperti bola sepak dimana gaji pemain di bayar oleh kelab dan sebagainya.

“MHC juga mengikat pemain ini dan membayar gaji mereka pada setiap bulan. Sebab itu, kita memerlukan dana yang cukup banyak untuk membayar gaji pemain ini. Perjalanan dan persiapan pasukan seperti kejohanan antarabangsa juga sudah memakan modal yang agak tinggi.

“Sebab dulu kita tak ada pasukan hoki 5 sebelah dan sekarang ia sudah menjadi salah satu sukan dalam kalendar Persekutuan Hoki Antarabangsa, hoki dalam dewan dan sebagainya. Jadi, kita memang perlu pendapatan lebih untuk MHC” katanya.

Tambah Subahan lagi, dia turut berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta beberapa penajaan seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membantu meringankan beban terutama menampung keperluan perbelanjaan MHC.

Pada masa yang sama, dalam mesyuarat jawatankuasa MHC bagi penggal 2023/2027 tersebut, Subahan turut menjelaskan terdapat beberapa perubahan telah dibuat untuk memastikan hoki terus mampu mencipta kejayaan dalam pelbagai peringkat.

Katanya, dia telah melepaskan jawatan pengerusi kejurulatihan dan menyerahkan tugas tersebut kepada Datuk Majid Manjit.

“Saya akan mengekalkan jawatankuasa kewangan dan pembangunan MHC bagi penggal ini manakala Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak akan mengemudi pengerusi pengurusan pasukan kebangsaan dan akan di bantu oleh Datuk Mohd. Saiyuti Abd. Samad selaku timbalan,” ujarnya.  -KOSMO! Online

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN