fbpx

EPL: Peluang pintas rekod Ferguson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain United menjalani latihan menjelang aksi EPL menentang Spurs di Old Trafford awal pagi esok. – MANCHESTER UNITED

MANCHESTER – Pengendali Manchester United, Erik Ten Hag mampu memintas penca­paian pengurus legenda pasukan itu, Sir Alex Ferguson berdasarkan peratusan kemena­ngan bersama kelab tersebut sekiranya berjaya mengatasi Tottenham Hotspur awal pagi esok.

Wartawan senior ESPN, Gabriele Marcotti mendedahkan bahawa Ten Hag mampu meraih rekod kemenangan dalam 55 perlawanan daripada 92 aksi jika berjaya membenam Spurs, sekali gus mencatat pe­ratusan 59.78 peratus.

Jumlah berkenaan bakal mengatasi pencapaian mana-mana pe­ngurus tetap pasukan itu dalam tempoh 134 tahun walaupun United ketika ini berdepan masalah prestasi apabila hanya menduduki tempat kelapan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Namun, kejayaan musim lalu menyumbang kepada jumlah kemenangan diraih Ten Hag apabila menamatkan saingan EPL di kedudukan ketiga, merangkul kejuaraan Piala Liga Inggeris dan mara ke pentas final Piala FA.

Ten Hag juga memiliki peratusan keputusan seri dalam perlawanan paling rendah dalam sejarah kelab itu apabila hanya melibatkan 11 perlawanan, malah rekod kekalahan dalam 28 aksi bukanlah paling teruk berban­ding David Moyes selepas era Ferguson.

Berdasarkan rekod, sepanjang 27 musim mengemudi United, Ferguson terlibat dalam 1,500 perlawanan dengan meraih 895 kemenangan, 338 seri dan dan 267 kekalahan untuk menyumbang peratusan kemenangan ­sebanyak 59.67 peratus.

Justeru, kemenangan ber­de­pan Spurs awal pagi esok membolehkan Ten Hag memintas pencapaian Ferguson de­ngan meraih kelebihan 0.11 peratus.

Dalam perkembangan lain, Ten Hag mendedahkan baha­wa kem United mendapat per­khabaran gembira apabila tiga pemainnya, Christian Eriksen, Luke Shaw dan Harry Magui­re mungkin bersedia diturun­kan pada perlawanan itu nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI