fbpx

Kelab amatur Terengganu bergaduh: PBSNT ambil tindakan tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video memaparkan insiden pergaduhan dua kelab amatur Terengganu di Kompleks Sukan Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.

KUALA NERUS – Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menimbulkan kekecohan pada perlawanan Liga Bolasepak Terengganu (TFL) melibatkan kelab amatur, NAG FC dan Kesa FC semalam.

Presiden PBSNT, Hishamuddin Abdul Karim berkata, Jawatankuasa Tatatertib TFL sudah diarahkan menghantar laporan lengkap insiden pergaduhan yang mencederakan seorang pegawai pasukan NAG kepada pihaknya dengan segera.

Beliau menyifatkan insiden tersebut membawa anasir tidak baik yang boleh mencemarkan imej bola sepak Terengganu.

“Insiden berkenaan tidak sepatutnya berlaku dalam kejohanan TLF yang mencungkil bakat baharu. PNSNT memandang serius dan tidak akan berkompromi bagi memastikan ia tidak berulang,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu video pergaduhan dua kelab amatur tersebut yang berdurasi 43 saat tersebut tular di media sosial yang menyebabkan beberapa pemain dan pegawai terlibat mengalami kecederaan termasuk pegawai NAG FC, Ronny Irwan Husni, 46. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI