fbpx

Sweden mahu selamatkan wang tunai daripada pupus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan seorang pelanggan menggunakan mesin ATM di Stockholm. -- AFP

STOCKHOLM – Kerajaan Sweden mahu memastikan bahawa wang tunai masih digunakan untuk membeli keperluan asas meskipun kaedah pembayaran elektronik mendominasi urus niaga di negara berkenaan.

Hanya lapan peratus rakyat Sweden menggunakan wang tunai untuk melakukan pembelian pada 2022 berbanding 40 peratus dalam tahun 2010, demikian menurut kaji selidik bank pusat Sweden, Riksbank.

“Kita perlu segera mencari jalan supaya rakyat membayar urus niaga tertentu secara tunai. Terdapat beberapa komuniti dan atas pelbagai sebab, mereka menghadapi masalah menggunakan pembayaran elektronik,” kata Menteri Pasaran Kewangan, Niklas Wykman.

Menurutnya, keupayaan menggunakan wang tunai penting sekiranya berlaku krisis.

Kata Wykman, walaupun rakyat jarang menggunakan mesin juruwang automatik (ATM), pengeluaran wang tunai di Sweden melonjak 30 peratus pada 2022 susulan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Trend serupa dilihat di beberapa negara Eropah lain seperti Republik Czech dan Slovakia.

Berdasarkan keperluan itu, kerajaan Sweden telah menubuhkan sebuah jawatankuasa Parlimen untuk mencari jalan supaya orang ramai boleh membayar tunai untuk produk tertentu seperti makanan, bahan api dan ubat-ubatan.

“Adalah sukar untuk membayar secara tunai di Sweden pada hari ini,” kata ketua suruhanjaya berkenaan, Dennis Dioukarev sambil menambah, satu juta rakyat Sweden masih memilih untuk menggunakan wang tunai.

Populasi negara itu melebihi 10.6 juta orang.

Kata Dioukarev, adalah penting untuk mengekalkan lebih daripada satu sistem pembayaran, terutamanya semasa krisis.

Suruhanjaya itu dijangka membentangkan cadangannya menjelang akhir tahun ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI