fbpx

Nikah kontrak haram, wanita bukan barang ‘dagangan’ – Mufti Wilayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga diingatkan supaya tidak melanggar hukum agama termasuklah melangsungkan perkahwinan secara kontrak.

Ini kerana menurut perkongsian di laman Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persektuan (PMWP), perkahwinan kontrak atau dalam istilah yang lain juga disebut mut’ah, mu’aqat atau munqath’i adalah haram dan tidak sah.

Jelas PMWP, perkahwinan seperti itu bertentangan dengan maqasid syariat dalam perkahwinan kerana ia dilakukan untuk jangka waktu tertentu.

“Dalam perkahwinan begini tempoh perkahwinan tersebut bergantung pada tempoh yang dinyatakan dalam akad yang mana ikatan perkahwinan terputus dengan sendirinya tanpa melalui proses perceraian.

“Perkahwinan ini haram dan tidak sah kerana akad perkahwinan hendaklah tiada tempoh tertentu seperti yang dibincangkan dalam fiqh munakahat,” katanya.

Perkongsian itu merujuk kepada laporan akhbar sebelum ini mengenai trend janda dan anak dara tua beralih memilih lelaki asing sebagai pasangan bagi mengelak stigma masih tidak berkahwin.

Dikatakan wanita ini yang majoritinya stabil dari segi kewangan akan menawarkan kepada bakal pasangan mereka elaun bulanan, tempat tinggal, kereta, motosikal serta peluang perniagaan.

Ganjaran ini yang adakalanya sebahagian daripada perjanjian perkahwinan yang dikenali sebagai perkahwinan kontrak apabila pasangan secara tidak rasmi berjanji untuk kekal berkahwin untuk tempoh tertentu sehingga lima tahun.

Mengulas lanjut PMWP berkata, Ibnu Abbas menyatakan bahawa hukum pengharaman kahwin kontrak secara mutlak berdasarkan pendapat jumhur sahabat.

Kemudian katanya, Qadhi Iyad juga berpendapat bahawa berlaku ijmak dalam kalangan ulama yang mengharamkan kahwin kontrak kecuali aliran Syiah Rafidah.

Bagaimanapun tambah PMWP, perkahwinan begini jika cukup rukun dan syaratnya, maka ia adalah sah tetapi ia merupakan perbuatan menyalahi maqasid syariat daripada perkahwinan yang mementingkan kelangsungan hubungan suami dan isteri sepanjang hayat.

“Banyak kerosakan yang akan terhasil daripada perkahwinan begini kerana ia telah lari daripada tujuan sesuatu perkahwinan.

“Ia juga merugikan pihak wanita kerana dijadikan seperti barang dagangan yang boleh dipermainkan oleh pihak lelaki,” ujarnya.

Justeru, masyarakat disarankan agar menjauhi perkahwinan kontrak begini kerana ia akan menjejaskan keharmonian institusi kekeluargaan di samping kesan-kesan buruk yang lain.

Ikatan perkahwinan adalah hubungan yang harmoni dan penuh kasih sayang yang berkekalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI