fbpx

Kerajaan sokong gerakan ‘Solat Subuh Macam Jumaat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZULKIFLI (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa banjir ketika hadir di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor Bahru, hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Kerajaan menyokong dan mengalu-alukan sebarang usaha bagi mengimarahkan masjid termasuklah gerakan ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ yang tular di negara ini, ketika ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan berkata, pihaknya menyambut baik inisiatif sedemikian yang diyakini dapat mengubah persepsi masjid dalam kalangan masyarakat.

Menurut beliau, kerajaan juga bakal melancarkan program pengimarahan masjid yang akan dipenuhi dengan pelbagai program pengisian keagamaan dalam usaha menjadikan masjid sebagai nadi utama dalam masyarakat.

“Apa yang paling penting adalah kesinambungannya. Sekiranya lepas solat subuh berjemaah diisi dengan program pengisian yang mantap, mungkin kita dapat ubah dimensi masyarakat terhadap institusi masjid itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Lorong Mak Piah, Sungai Tiram, Ulu Tiram, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian, mengulas gerakan ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ yang dimulakan artis popular tanah air Alif Satar yang mendapat sambutan masyarakat.

Tambah Zulkifli, beliau juga menyambut baik pelaksanaan program Semarak Subuh yang telah dimulakan kerajaan Johor, tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI