fbpx

Pendengar nak boikot Suria FM sebab ‘buang’ Tyzo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramai pendengar setia Suria FM tidak berpuas hati penamatan khidmat Tyzo yang dikatakan berpunca daripada DJ Lin sebagai orang besar di stesen radio berkenaan.

PETALING JAYA – Rata-rata pendengar setia stesen radio Suria FM melahirkan rasa tidak puas hati apabila khidmat penyampai radio kesayangan mereka, Tyzo ditamatkan semalam.

Turut menimbulkan prasangka dalam kalangan pendengar apabila Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zulkarnain menerusi siaran langsung dalam TikTok semalam menyatakan bahawa apa yang berlaku kepadanya adalah satu bentuk penganiayaan.

Sehubungan itu, menjengah ruangan komen media sosial Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau DJ Lin, ramai tidak bersetuju penamatan khidmat Tyzo yang dikatakan berpunca daripada arahannya.

“Nak tanya kenapa tamatkan (khidmat) Tyzo? Tahu ke tak dia tu penyeri Suria FM. Jangan sebab ada pangkat, kau buang orang sesuka hati.

“Kenapa buang Tyzo? Lepas ni, nak boikot dah Suria FM. Pagi hambar, petang pun bakal hambar.

Antara komen ditinggalkan pendengar setia Suria FM yang tidak berpuas hati dengan penamatan kontrak atau khidmat penyampai radio kesayangan mereka, Tyzo. – INSTAGRAM.

“Betul kata orang, yang nampak lemah lembut ni yang paling bahaya sekali,” demikian antara komen peminat menerusi ruangan komen DJ Lin.

Semalam, selepas lapan tahun bersama stesen radio Suria FM, khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang di stesen radio berkenaan ditamatkan.

DJ Lin memberi alasan, keputusan dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu bagi 2024.

Tyzo pernah bersama Suria FM pada 2007, namun, meninggalkan stesen berkenaan selepas enam tahun berkhidmat.

Personaliti yang kembali semula ke Suria FM pada 2016 dinobatkan sebagai Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) Ke-35, tahun lalu.

Terdahulu, Tyzo menyertai dunia penyiaran bersama stesen radio Muzik FM pada 16 Julai 2004 selain pernah menyumbangkan khidmat di stesen Ultra FM dan Pi Mai FM, sebelum beralih ke Selangor FM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI