fbpx

Anwar gesa Jerman guna pengaruh desak gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) menerima kunjungan hormat Menteri Luar Jerman Annalena Baerbock (kiri) di Perdana Putra, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Jerman agar menggunakan pengaruhnya bagi mendesak gencatan senjata dan membenarkan akses kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Perkara tersebut diutarakan Anwar ketika menerima kunjungan hormat Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock yang sedang dalam lawatan ke Asia Tenggara.

“Bahagian utama perbincangan adalah mengenai Palestin di mana saya tegas menegaskan pendirian Malaysia agar Barat menghentikan kepura-puraan mereka terhadap pendudukan Israel selama beberapa dekad, selain mesti berusaha ke arah mengelak pembantaian terhadap orang awam, termasuk anak kecil.

“Justeru pada kesempatan ini juga saya mengasak Jerman untuk menggunakan pengaruhnya bagi mendesak gencatan senjata dan membenarkan akses kemanusiaan,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Dalam pada itu, Anwar turut berbincang tentang aspek ekonomi, pendidikan, sains dan teknologi, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) selain meningkatkan persefahaman antara budaya.

“Kami berdua juga senada supaya keperluan untuk menegakkan hak wanita dan kanak-kanak perempuan untuk pendidikan diberi penekanan khusus selain menyatakan kebimbangan terhadap isu Myanmar yang masih berlarutan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI