fbpx

Lelaki sebar gambar ‘berahi’ bekas isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki ditahan kerana menyiarkan gambar bogel bekas isterinya di media sosial baru-baru ini. - Foto iNews

BANDA ACEH  – Polis menangkap seorang  lelaki kerana menyiarkan gambar bogel bekas isterinya di media sosial,  dipercayai kerana sakit hati selepas mereka bercerai,  lapor portal berita iNewsBelu.id semalam

Kejadian berlaku di daerah Baktiya, kawasan pentadbiran Aceh Utara,.

Ketua Polis Aceh Utara, Novrizaldi berkata, bekas  isteri suspek membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana malu gambar tidak senonoh dirinya tersebar di media sosial.

“Suspek dan mangsa pernah menjadi suami isteri tetapi sudah bercerai. Disebabkan sakit hati dan konflik keluarga, dia menyebarkan gambar-gambar tersebut,” kata Novrizaldi.

“Suspek menggunakan gambar tidak senonoh mangsa sebagai foto profil di akaun TikTok serta memuat naiknya di laman Facebook milik bekas isterinya,” tambah ketua polis itu.

Berikutan perbuatannya, suspek ditangkap bersama barang bukti berupa telefon bimbit yang digunakan untuk memuat naik gambar tersebut. 

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI