fbpx

Seladang rempuh motosikal dinaiki ibu bersama anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG ibu dan anak perempuannya cedera dirempuh lembu di Nakhon Ratchasima, semalam. - Foto The Nation

BANGKOK  – Seorang ibu dan anak perempuannya yang berusia tujuh tahun parah diserang seekor seladang semalam ketika mereka menaiki motosikal di wilayah Nakhon Ratchasima, lapor portal berita Thaiger.

Seladang itu berlari masuk dari arah tepi jalan sebelum merempuh motosikal mangsa.

Ibu itu terjatuh bersama anak perempuannya dan kedua-dua mereka mengalami cedera parah serta dirawat di hospital.

Dua beranak  itu merupakan penduduk kampung Khlong Durian.

Sebelum kejadian, beberapa  penduduk kampung menjerit ke arah mereka  supaya berhati-hati kerana ada seekor seladang  kerap  meragut rumput di tepi jalan di lokasi kejadian. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI