fbpx

Ketayap ‘kayangan’ tiga biji RM3.50

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto kuih ketayap yang dipercayai dijual di kafe sebuah hospital di Kuala Lumpur.

PETALING JAYA – Kuih ketayap yang dijual pada harga RM3.50 sepeket dipercayai di kafe sebuah hospital di Lembah Klang menerima kecaman orang ramai.

Menerusi perkongsian di media sosial X Malaysia Most Viral, memaparkan peket terbabit yang hanya mengandungi tiga biji kuih ketayap.

“Mentang-mentang dapat tapak meniaga kat bangunan kerajaan terus harga jadi kayangan,” katanya di dalam hantaran terbabit.

Sehubungan itu, rata-rata ramai terkejut dengan harga yang ditawarkan selain menyatakan ia terlalu mahal.

“Kena bayar RM1.16 untuk satu biji kuih ketayap bersaiz biasa. Apa masalah masyarakat kita ini,” kata Zira.

“Mahalnya ketayap sekarang, macam harga makanan Nonya Colors akak yang jual ini,” ujar bil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI