fbpx

Ketua kepada Alvin Goh dan Addy Kanna diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Huzir Mohamed

KUALA LUMPUR – Polis menahan dalang utama sindiket judi online dan Macau Scam yang mempunyai kaitan dengan Alvin Goh dan Addy Kanna.

Tangkapan ke atas lelaki warga China yang dikenali sebagai Chen Dewei itu dibuat di Mount Kiara dalam satu operasi khas bermula 15 hingga 20 Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek berusia 31 tahun itu antara 130 individu diberkas dalam operasi membanteras kegiatan judi online dan kegiatan penipuan di sekitar Lembah Klang.

“Suspek ini adalah ketua sindiket yang berperanan sebagai penghubung antara sindiket di Malaysia dan China.

“Pemeriksaan mendapati suspek juga adalah didalam senarai orang dikehendaki pihak berkuasa China atas kesalahan Macau Scam,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI