fbpx

Rumah mampu milik fokus industri hartanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemaju dijangka akan memberi lebih tumpuan kepada pembangunan rumah mampu milik dalam mendepani situasi pasaran yang mencabar. - Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pembangunan rumah mampu milik dilihat bakal menjadi fokus utama pemaju hartanah dalam berdepan pelbagai cabaran yang menyelubungi industri, menurut Kenanga.

Penyelidiknya, Clement Chua dalam nota penyelidikan yang diterbitkan hari ini berkata, pihaknya bersikap neutral mengenai prospek industri yang terus dibebani lebihan bekalan, hutang isi rumah tinggi, kadar faedah tinggi dan sentimen pengguna yang lemah akibat inflasi serta peningkatan kos sara hidup.

Jelasnya, turut tidak membantu ialah pelaksanaan subsidi bahan api bersasar yang mungkin menafikan akses bahan api bersubsidi kepada sebahagian daripada kumpulan M40, seterusnya menghakis kuasa perbelanjaan mereka terutamanya pada barangan bernilai tinggi seperti hartanah.

“Sementara itu, kadar kelulusan pinjaman industri perbankan untuk hartanah berdasarkan data Bank Negara Malaysia Oktober lalu mencapai 43.9 peratus, meningkat sedikit daripada 43.5 peratus pada Disember 2022.

“Kami berpendapat kadar kelulusan pertengahan 40 peratus mungkin berterusan dalam tempoh terdekat kerana bank dijangka terus melaksanakan dasar penilaian kredit secara berhemat.

“Terdapat kemungkinan peningkatan lebih tinggi yang boleh dirangsang oleh peningkatan rumah mampu milik di pasaran kerana halangan kemasukan lebih rendah, namun buat masa ini, kami tidak menjangkakan bacaan akan melepasi 50 peratus, yang kali terakhir dilihat semasa kitaran naik industri antara 2011 dan 2014 kerana masih terdapat kebimbangan ekonomi yang luas.

“Sebaliknya, bacaan hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 81.9 peratus dalam separuh tahun pertama 2023 kekal lebih rendah daripada paras pra-pandemik (88 peratus), yang mungkin mencerminkan keraguan berterusan pengguna untuk meminjam, terutamanya untuk komitmen yang lebih besar,” katanya.

Beliau menambah, bagi menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran, pemaju akan terus menawarkan pelbagai jenis produk tetapi dengan penekanan yang lebih besar pada rumah mampu milik untuk memenuhi keperluan pembeli rumah kali pertama, didorong oleh pertumbuhan populasi dan urbanisasi.

“Dengan peluasan rangkaian infrastruktur awam di Lembah Klang, pembangunan berorientasikan transit boleh menjadi pilihan pilihan bakal pembeli untuk mengurangkan beban pengangkutan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI