fbpx

Tiga lagi ditahan kes samun bersenjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Huzir menunjukkan gambar suspek yang diburu polis.

KUALA LUMPUR – Polis menahan tiga lagi lelaki termasuk suspek utama kes samun dan bunuh bekas Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat, Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Wan Hassan Wan Embong dalam tiga siri serbuan di Setapak dan Semenyih, awal pagi tadi.

Ketiga-tiga suspek itu ditahan pada pukul 3.30 hingga pukul 5 pagi di sekitar Jalan Genting Klang dan Air Panas, Setapak dan Jalan Rinching, Semenyih.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, hasil siasat awal ke atas seorang suspek yang ditahan di Jalan Rinching mendapati lelaki berusia 23 tahun itu bertanggungjawab menetak mangsa dalam kejadian itu.

“Polis kini sedang memburu seorang lagi suspek yang masih bebas dikenali sebagai T. Sugu, 27 tahun,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI