fbpx

KPDN terus perkasa konsep Payung Rahmah melalui inisiatif Ihsan Rahmah Swasta, Industri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2024 di Dewan Serbaguna, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus memperkasa dan menambahbaik pelaksanaan konsep Payung Rahmah pada tahun ini antaranya melalui komponen inisiatif Ihsan Rahmah Swasta dan Industri.

Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, perluasan pendekatan konsep itu diyakini mampu meningkatkan lagi keterangkuman pelbagai pihak sekaligus memberi manfaat kepada lebih ramai anggota masyarakat.

“Kita membuka ruang untuk penglibatan aktif daripada pihak swasta dan industri dimana mereka boleh merintis dan memperkenalkan sendiri program atau inisiatif berbentuk sumbangan ihsan kepada komuniti termasuk para pekerja.

“Konsep Rahmah yang menjadi tema program dan agenda kebajikan kerajaan kini akan turut diperluas melibatkan pihak swasta dan industri dengan idea dan model mereka sendiri, namun masih berpandukan kepada garis panduan Payung Rahmah,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Amanat Tahun Baru KPDN 2024 di sini hari ini.

Menurut beliau, antara program yang boleh ditawarkan oleh pihak swasta dan industri seperti pemberian diskaun, rebat atau pulangan tunai, namun ia masih lagi sedang diperhalusi.

Armizan berkata, bagi tahun 2024, KPDN menyasarkan untuk merintis lima inisiatif di bawah Ihsan Rahmah.

Jelasnya, sebelum ini, sebanyak lima inisiatif telah diperkenalkan di bawah konsep Payung Rahmah iaitu Jualan Rahmah, Menu Rahmah, Bakul Rahmah, Kafe Rahmah dan Pakej Rahmah.

“Komponen Ihsan Rahmah ini bertujuan untuk memperkasa konsep Payung Rahmah melalui pendekatan ‘whole of nation’,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI