fbpx

Amaran angin kencang laut bergelora hingga 16 Januari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di beberapa kawasan perairan negara sehingga 16 Januari (Selasa).

Menurut MetMalaysia melalui kenyataan di laman Facebook, amaran kategori pertama dengan angin kencang berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan ombak sehingga 3.5 meter (m) diramal berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di kawasan perkapalan negara kategori ketiga berkelajuan 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 m dijangka di kawasan perairan timur laut Condore dan barat laut Reef North.

“Angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Condore, timur laut dan barat daya Reef North.

“Selain itu, amaran kategori pertama dengan angin kencang berkelajuan 40 sehingga 50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian 3.5 m juga dijangka berlaku di perairan kawasan perairan timur Samui, Tioman, Bunguran, tenggara Reef North, utara Reef South dan Layang-Layang sehingga 16 Januari ini,” katanya.

Tambahnya, angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod dan Telupid) dan Kudat (Kota Marudu), Sabah sehingga pukul 4 petang ini.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan angin timuran dijangka berlaku sehingga 17 Januari.

“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di timur Semenanjung, Sarawak dan timur Sabah serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan.” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI