fbpx

Lima lelaki serang, pukul guna kayu kerana selisih faham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video yang tular memaparkan seorang pemuda dipukul sekumpulan lelaki di Tapak Pesta, Jalan Gangsa, Batu Pahat pada hari Selasa baru-baru ini.

BATU PAHAT – Lima orang lelaki ditahan kerana merusuh dalam satu pergaduhan di kawasan lapang Tapak Pesta, Jalan Gangsa di sini pada hari Selasa baru-baru ini.

Pada awal kejadian, seorang lelaki berusia 25 tahun datang ke lokasi kejadian untuk menjemput murid yang dipercayai rakannya dari sekolah.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, semasa menunggu, mangsa didatangi lapan lelaki warga tempatan sebelum diserang dan dipukul menggunakan kayu.

“Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri dengan menaiki kereta dan terus ke Balai Polis Batu Pahat bagi membuat laporan,” katanya ketika diminta mengulas satu video berdurasi 1 minit 30 saat dalam akaun Facebook milik Batu Pahat Sana Sini hari ini.

Menurut Ismail lagi, mangsa mengalami cedera di pipi, tangan serta belakang badan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini.

Ujarnya, lima lelaki berusia 16 hingga 40-an daripada sembilan individu terlibat telah ditahan dan dikenakan tahanan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan serta mengesan suspek lain yang terlibat.

“Motif kejadian disebabkan perselisihan faham antara mangsa dan salah seorang suspek pada hari sebelum kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI