fbpx

Aiman, Zahirah okey je, kerja macam biasa – Pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurus pasangan selebriti Zahirah dan Aiman memaklumkan artis di bawah jagaannya kini baik-baik sahaja dan tidak terkesan dengan apa yang berlaku.

PETALING JAYA – Selepas beberapa kali nama dipetik pelakon Fatiya Latiff, wakil pengurusan pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Redza iaitu Min Yasmin memaklumkan keadaan artisnya berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Dia turut memberitahu bahawa kedua-dua selebriti itu tetap menjalankan kerja harian mereka seperti biasa tanpa terkesan dengan apa yang jadi.

“Tiada komen daripada mereka berdua. Dalam masa sama, kerja berjalan seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Min turut berkongsi perkembangan seni yang sedang berjalan buat pasangan selebriti ideal tersebut.

“Aiman baru sahaja selesai penggambaran dengan filem Harimau Malay The Untold Journey.

“Dia juga akan masuk ke set penggambaran sebuah drama terbaharu dalam masa terdekat.

“Zahirah pula sepatutnya mula penggambaran untuk filem sama dan sebuah drama tetapi terpaksa tarik diri selepas mengetahui berita kehamilan anak keduanya,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, pengurus memaklumkan, Zahirah akan berehat sementara waktu namun tetap aktif dengan komitmen dan kempen dengan jenama dalam serta luar negara.

Terdahulu, Fatiya mengejutkan ramai apabila melabel wajah Zahirah seperti pembantu rumah dan menuduh aktres itu melakukan pembedahan plastik pada bibir.

Keadaan semakin memanas apabila Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fatiya Abdul Latiff, 36, memuat naik foto bersama bekas kekasihnya, Aiman Hakim Ridza, yang kini suami Zahirah.

Bukan hanya itu, dia turut memaparkan keratan akhbar isi kandungan temu bual Aiman yang memaklumkan masih menyayangi Fatiya selepas setahun mereka berpisah.

Fatiya sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan Aiman namun perhubungan berakhir pada Disember 2015.

Aiman kemudian menamatkan zaman bujang dengan Zahirah pada 20 Februari 2020 dan bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI