fbpx

Kemuncak ramalan air pasang Johor Bahru pada 14, 15 Januari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMASANGAN jentera pam air sedang giat dijalankan di beberapa daerah di Johor yang dijangka akan berdepan hujan lebat berterusan, termasuk fenomena air pasang di Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Penduduk bandar raya ini diminta untuk terus berwaspada dengan ramalan air pasang besar yang dijangka akan berlaku di sekitar Johor Bahru bermula hari ini hingga 17 Januari depan.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, air pasang besar itu dijangka mencecah paras paling tinggi pada 14 dan 15 Januari iaitu setinggi 3.7 meter di stesen bacaan Johor Bahru.

Sehubungan itu, orang ramai diminta untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan berlaku kenaikan air mendadak di beberapa kawasan.

“Kerajaan negeri dengan kerjasama pihak Jabatan Perairan dan Saliran (JPS) Johor telah bersiap siaga dengan penyediaan pam di setiap daerah yang terlibat.

“Saya menyeru dan mengingatkan semua penduduk Johor untuk terus peka dan mendengar arahan pihak berkuasa demi keselamatan diri dan keluarga,” katanya.

Tambah Onn Hafiz, laporan Jabatan Meteorologi Johor (MET Johor) turut menunjukkan bahawa hujan lebat dijangka akan berterusan di seluruh negeri sehingga Ahad ini.

“Amaran hujan lebat berterusan pada tahap buruk dijangka berlaku di daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi manakala amaran hujan berterusan pada tahap waspada dijangka berlaku di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI