fbpx

Aaron-Wooi Yik mudah jinakkan rakan sepasukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON (kiri) dan Wooi Yik dijadualkan bertemu juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae di suku akhir Terbuka Malaysia esok. - Fariz Rusadio

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menepati ramalan apabila berjaya memastikan tempat ke pusingan suku akhir pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Pada aksi pusingan kedua sebentar tadi, bekas juara dunia itu mengenepikan cabaran rakan sepasukan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menerusi keputusan straight set 21-15, 21-16 dalam tempoh 36 minit.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan Aaron-Wooi Yik berjaya memperbaiki pencapaian musim lalu yang menyaksikan mereka sekadar menamatkan Jelajah Dunia Super 1000 itu di pusingan kedua.

“Dalam kejohanan memang berbeza dengan suasana latihan ketika beraksi menentang rakan sepasukan walaupun tahu corak permainan masing-masing. Kami perlu berwaspada dan gunakan corak permainan yang berlainan,” katanya ketika ditemui selepas tamat permainan.

Bagaimanapun, beregu No.4 dunia itu dijangka berdepan aksi sukar pada pusingan suku akhir esok apabila perlu membuat perhitungan dengan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae.

Atas kertas, kedua-dua beregu memiliki peluang seimbang untuk melangkah ke pusingan separuh akhir apabila masing-masing pernah mencatat satu kemenangan dalam dua pertemuan sebelum ini.

“Kami perlu bersiap sedia kerana sudah berjumpa banyak kali dan tahun lepas mereka menang Jelajah Dunia Akhir. Bagaimanapun, sekarang adalah 2024, jadi kita akan bermula daripada kosong,” ujar Aaron. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI