fbpx

Didenda RM20,000 jual barang jenama Hermes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil syarikat Direct Outlet Sdn. Bhd., Au Ting Chin ketika di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh di sini hari ini atas.

MELAKA – Sebuah syarikat dikenakan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menjual 23 unit barangan menggunakan cap dagang dengan salah jenama Hermes, Jun lalu.

Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukumqn itu terhadap syarikat Direct Outlet Sdn. Bhd. diwakili Au Ting Chin, 55, yang mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, syarikat Direct Outlet Sdn. Bhd didapati telah mempunyai dalam kawalan bagi maksud perdagangan 23 unit barangan jenama Hermes dianggarkan berjumlah RM12,800.00, yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah di bawah Seksyen 100 Akta Cap Dagang 2019.

Kesalahan itu dilakukan tertuduh kira-kira pukul 12.45 tengah hari di premis Direct Outlet Store Sdn. Bhd., G-092 & G-093, Dataran pahlawan Megamall, Jalan Merdeka pada 3 Jun lalu.

Sabit kesalahan, jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan, boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar itu, dan bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi RM30, 000 bagi setiap barang-barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu hukuman denda minimum dapat diberikan dengan alasan telah menutup premis tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Sallim Wahid, bagaimanapun memohon hukuman berat dikenakan memandangkan tertuduh mempunyai lapan rekod lampau membabitkan kesalahan sama.

Norma kemudian memerintahkan tertuduh membayar denda RM20, 000 atau penjara lima bulan jika gagal bayar. Tertuduh kemudian membayar denda tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI