fbpx

Penyu mati di pantai Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor penyu agar betina ditemui mati terdampar di Pantai Batu 1, Hotel Costa Rica, di sini, semalam. - IHSAN DOF Negeri Sembilan

PORT DICKSON – Seekor penyu agar betina ditemui mati terdampar di Pantai Batu 1, Hotel Costa Rica, di sini, semalam.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan Kasim Tawe berkata, Pusat Ikan Hiasan Port Dickson telah menerima aduan daripada penguatkuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) pertemuan bangkai penyu agar betina itu.

Menurutnya, anggaran umur penyu berkenaan adalah 40 tahun dengan berat 110 kilogram dan kes penyu mati berkenaan merupakan kes pertama tahun ini.

“Hasil pemeriksaan terhadap luar badan penyu tersebut, tiada kesan luka yang kritikal dijumpai. Bangkai penyu kemudiannya direkod panjang dan berat, dan seterusnya ditanam di kawasan terbabit.

“Untuk rekod, pada tahun lalu terdapat dua ekor penyu agar mati dan terdampar pada bulan Januari dan Februari,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya berterima kasih kepada orang awam yang segera menghubungi Pusat Ikan Hiasan Port Dickson untuk mengambil tindakan sewajarnya.

“Orang awam turut digalakkan menjadi ‘mata-mata’ dan melaporkan sebarang kedamparan spesies terancam ini kepada pihak jabatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI