fbpx

SPRM dalam peringkat akhir lengkap siasatan rasuah KFA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini di peringkat akhir bagi melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah lebih RM6 juta yang dikaitkan dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim berkata, butiran terperinci berkaitan siasatan tidak dapat didedahkan kepada umum kerana ia mengandungi maklumat sensitif dan rahsia.

“Bagi melengkapkan kertas siasatan ini juga, SPRM telah memanggil Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM pagi ini,” katanya di sini hari ini.

Kes rasuah membabitkan KFA dijalankan SPRM selepas menerima laporan daripada kontraktor yang sebelum ini dijanjikan projek-projek di negeri berkenaan jika menyalurkan dana ke akaun persatuan bola sepak berkenaan.

Terdahulu, Muhammad Sanusi selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 11.37 pagi tadi.

Difahamkan, Menteri Besar Kedah itu tiba di Ibu Pejabat SPRM kira-kira pukul 8.30 pagi dengan menaiki kereta jenis Mercedes Benz berwarna perak di bangunan SPRM.

Namun, usaha kira-kira 20 pengamal media untuk menyapa Menteri Besar itu tidak kesampaian apabila kenderaan beliau terus beredar meninggalkan pekarangan SPRM. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI