fbpx

Kenderaan tentera Israel ‘tidak sengaja’ gilis pejuang Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENDERAAN tentera Israel dilihat di bandar Tulkarem, Tebing Barat pada 4 Januari lalu. – AFP

TEL AVIV – Tentera Israel berkata semalam bahawa sebuah kenderaannya ‘secara tidak sengaja’ menggilis jenazah pejuang Palestin semasa mereka menyerbu wilayah Tebing Barat awal minggu ini.

Pegawai-pegawai Palestin menuduh Israel melakukan ‘jenayah kejam’ selepas rakaman tular di media sosial menunjukkan kenderaan tentera Rejim Zionis menggilis jenazah pejuang Palestin di bandar Tulkarem, lewat Isnin lalu.

Tentera Israel berkata, mereka telah membunuh tiga pejuang Palestin dalam insiden berbalas tembakan semasa serbuan tersebut.

“Kenderaan yang dilihat dalam video itu telah dihantar untuk mengeluarkan pasukan tentera Israel yang terperangkap semasa insiden berbalas tembakan dan secara tidak sengaja menggilis mayat ‘pengganas’ (pejuang Palestin),”  kata tentera Israel kepada AFP.

Rakaman lain kejadian itu yang dikongsi di media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki berlari keluar dari sebuah bangunan dan tiga daripada mereka ditembak.

Keganasan di Tebing Barat melonjak ke tahap yang belum pernah dilihat dalam tempoh dua dekad  sejak 7 Oktober lalu,  apabila Israel melancarkan perang ke atas kumpulan Hamas di Semenanjung Gaza.

Israel menjajah Tebing Barat yang didiami kira-kira tiga juta rakyat Palestin  sejak tahun 1967. Kira-kira 490,000 warga Israel turut tinggal di penempatan-penempatan haram Yahudi yang dibina di Tebing Barat. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI