REMBAU – Trafik di kilometer 240.9, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Selatan) bergerak perlahan seketika susulan kemalangan di lokasi berkenaan membabitkan dua buah lori pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, kedua-dua pemandu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Menurut sumber, susulan kemalangan berkenaan lorong paling kanan dan tengah ditutup sementara bagi kerja-kerja mengalihkan lori yang terbalik merintangi jalan bersama muatannya.
“Dipercayai lori ini membawa muatan berupa binaan landskap seperti anak pokok, tanah, baja dan lain-lain lagi.
“Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59,” katanya dekat sini, tadi. – K! ONLINE