fbpx

Semua pesawat Boeing 737 Max 9 dilarang terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah pesawat Boeing 737 MAX 9 milik Alaska Airlines digantung operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Portland, Oregon pada 9 Januari lalu. – AFP

WASHINGTON – Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat (AS), Pete Buttigeg mengarahkan semua pesawat Boeing 737 Max 9 digantung operasi sehingga tahap keselamatannya terjamin 100 peratus, lapor akhbar Metro UK semalam.

Sehingga kini, tiada garis masa ditetapkan untuk 737 Max 9 kembali digunakan selepas  syarikat penerbangan AS,  Alaska Airlines membatalkan beratus-ratus penerbangan melibatkan kapal terbang itu setiap hari.

Buttigeg berkata, beliau telah berbincang dengan ketua Boeing. Katanya, syarikat pembuat pesawat tersebut perlu melakukan segala upaya untuk memulihkan keyakinan 100 peratus terhadap Boeing 737 Max 9.

Tahap keselamatan Boeing 737 Max 9 dipersoalkan selepas panel fiuslaj sebuah pesawat berkenaan milik Alaska Airlines tercabut sejurus  berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Portland, negeri Oregon.

Pesawat Boeing 737-9 Max yang terlibat dalam insiden tersebut dilaporkan menerima pensijilan keselamatan dua bulan lalu, demikian menurut rekod Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

Ia telah digunakan dalam 145 penerbangan sejak memulakan perkhidmatan komersial pada 11 November 2023, kata laman web pemantauan penerbangan,  FlightRadar2. 

Beberapa hari selepas insiden berlaku, United Airlines berkata, pihaknya  menemui bolt longgar pada pintu beberapa pesawat Boeing 737 Max 9 milik syarikat penerbangan berkenaan.

Menurutnya, isu tersebut mempunyai kaitan dengan pemasangan termasuk  bolt yang perlukan pemasangan lebih ketat.

Laman berita penerbangan, The Air Current pula melaporkan, isu serupa menyebabkan  sekurang-kurangnya lima pesawat 737-9 Max milik United Airlines terjejas, namun masalah  bolt longgar dikesan pada lokasi berbeza di dalam setiap pesawat. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI