SINGAPURA – Polis India memberkas seorang wanita berusia 52 tahun kerana didakwa membunuh suaminya selepas mangsa enggan membawanya ke Singapura, lapor laman berita The New Paper semalam.
Kejadian itu berlaku di bu negeri Karnataka, Bengaluru.
Insiden tersebut terjadi selepas pertengkaran berlaku antara suspek dan mangsa, lapor akhbar The Times of India.
Suspek dikatakan menikam mangsa menggunakan pisau ketika dia sedang tidur di rumah mereka.
Pasangan tersebut berkahwin pada 2002, manakala mangsa bekerja di Singapura selama 25 tahun dan sering pulang melawat isteri serta anak lelakinya. – AGENSI