fbpx

Jin Wei kembali dengan rentak kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JIN Wei meraih tonik terbaik selepas mencatat kemenangan ke atas pemain Taiwan, Sung Shuo Yun pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil di sini, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO.

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei membuka kempen Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia dengan semangat terbaik sejurus menewaskan wakil Taiwan, Sung Shuo Yun dengan kemenangan straight set 21-18, 21-11 di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Kemenangan tersebut membolehkan Jin Wei menebus kekecewaan selepas mengharungi musim suram tahun lalu apabila tumpas 13 kali di pusingan pertama daripada 19 penampilan di kejohanan Jelajah Dunia.

“Tahun lalu tidak mudah untuk semua orang dan kami bernasib baik dapat melaluinya dan dapat meneruskan perjuangan untuk kelayakan ke Sukan Olimpik Paris nanti.

 “Setiap hari saya bangun dengan tekad untuk cuba mengatasi batasan diri saya dalam latihan biarpun dua atau tiga kali mengalami kekejangan. Sepanjang sebulan untuk persiapan Terbuka Malaysia kali ini, fokus utama adalah menguatkan fizikal.

“Saya juga berlatih dengan beberapa pemain lelaki sebagai rakan ‘sparing’ dan ia sangat membantu meningkatkan prestasi saya. Saya masih orang yang sama tetapi sedang mencuba untuk melakukan sesuatu yang baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Jin Wei berharap dapat mengekalkan momentum terbaik itu kerana menantinya di pusingan kedua adalah pemain Indonesia, Gregoria Mariska Tunjung yang mara sejurus membenam wakil Jepun, Natsuki Nidaira, 20-22, 21-18, 21-14.

“Saya akan menentang seorang pemain yang berpengalaman, sudah tentu ia tidak mudah. Jadi, saya perlu terus berjuang dan berikan tentangan sengit,” katanya.

PEMAIN beregu campuran negara, Peng Soon-Yee See garang selepas mengatasi pemain Taiwan, Ko Chi-Chih Chen pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

Sementara itu, beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See yang membuat penampilan terakhir di Terbuka Malaysia turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Chang Ko Chi-Lee Chih Chen dari Taiwan 11-21, 26-24, 21-14.

Esok, mereka perlu bekerja keras selepas dijadual menentang pilihan kelima kejohanan dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin bagi perebutan tiket ke pentas suku akhir. -KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN