PETALING JAYA – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dasuki sedang mencari individu yang berpengalaman sebagai pustakawan bagi urusan merekod buku-buku miliknya.
Beliau menerusi satu hantaran di Facebook, turut berkongsi gambar-gambar perpustakaan peribadinya itu sekali gus meraih perhatian ramai.
“Saya sedang mencari seorang yang ada pengalaman atau berkelulusan ‘librarian’ (pustakawan) yang boleh bantu untuk menyusun, merekod dan membuat katalog buku-buku di perpustakaan peribadi kediaman saya.
“Insya-Allah, imbuhan atau bayaran boleh dirundingkan. Siapa yang berminat boleh berkongsi vitae kurikulum (CV) dan hubungi pembantu peribadi saya Hidayah [email protected],” katanya.
Rata-rata orang ramai menzahirkan rasa kagum dengan suasana perpustakaan peribadinya itu yang disifatkan sebagai hebat.
“Ruang perpustakaan sudah begitu luas, berapalah keluasan rumah Dr agaknya ya?,” soal Michael Scofield.
“Menakjubkan. Suka dengan suasana macam ni,” ujar Puteri Rompin.
“Sangat menginspirasikan,” komen Aniess Wiedadd. – KOSMO! ONLINE