fbpx

EPL: Liverpool hilang khidmat Alexander-Arnold

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALEXANDER-ARNOLD mengalami koyakan pada bahagian ligamen lutut menyebabkan dia perlu berehat untuk tempoh tiga minggu. - AFP

LIVERPOOL – Pemain pertahanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold terpaksa berehat sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga minggu ekoran berdepan masalah kecederaan lutut.

Penolong pengurus pasukan tersebut, Pep Ljinders mengesahkan bahawa pemain antarabangsa England berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan tersebut ketika Liverpool mencatat kemenangan 2-0 ke atas Arsenal pada aksi Piala FA sebelum ini.

“Trent mengalami kesakitan pada bahagian lutut dan hasil ujian imbasan mendapati terdapat koyakan pada ligamen lututnya itu. Kami menjangkakan dia terpaksa diketepikan untuk tempoh tiga minggu.

“Ia adalah kehilangan besar buat kami. Liverpool perlu mencari dinamik berbeza dalam perlawanan tanpa kehadiran Trent kerana kehadirannya membuatkan aksi pasukan ini lebih fleksibel.

“Dalam situasi yang buruk, Trent sentiasa mampu meletakkan bola di tempat yang betul ketika kami memerlukan sesuatu yang berbeza. Saya harap dia akan segera pulih dan kembali membantu pasukan ini,” katanya.

Alexander-Arnold dilantik menjadi penolong kapten pasukan itu pada musim panas lalu telah meledak dua gol dalam 25 aksi musim ini dan mampu beraksi dengan baik di posisi bek kanan serta bahagian tengah.

Dalam perkembangan lain, Ljinders turut berharap dua pemain bek kirinya, Andy Robertson dan Kostas Tsimikas dapat kembali menjalani latihan bersama pasukan pada hujung bulan ini selepas kedua-dua mereka mengalami kecederaan bahu sebelum ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI