fbpx

Serangan terhadap ketua pembangkang Korea Selatan bermotifkan politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jae-myung bercakap dengan wartawan ketika melawat tapak lapangan terbang baharu di Busan pada 2 Januari lalu. – AFP

SEOUL – Insiden tikaman pemimpin parti pembangkang Korea Selatan, Lee Jae-myung baru-baru ini dirancang dengan teliti oleh penyerang untuk menghalang ahli politik itu daripada menjadi presiden, kata polis hari ini.

Jae-myung, yang merupakan Pengerusi Parti Demokratik, ditikam pada leher dalam serangan pada 2 Januari lalu di bandar Busan.

Beliau diserang oleh suspek yang berpura-pura menjadi penyokongnya ketika ditemu bual oleh kumpulan wartawan.

“Suspek memutuskan untuk membunuh Lee (Jae-myung) bagi menghalangnya daripada menjadi presiden,” kata Ketua Polis Busan, Woo Cheol-mun kepada pemberita sambil menambah, lelaki itu telah merancang serangan tersebut selama berbulan-bulan.

Suspek dilaporkan membeli pisau yang digunakan dalam serangan itu pada April tahun lalu dan telah mengekori Jae-myung pada lima acara berasingan sejak Jun tahun lepas.

Dia juga menyamar sebagai penyokong Jae-myung ketika menunggu peluang untuk menyerang.

Polis berkata, ‘kepercayaan politik’ suspek menyebabkan dia melakukan jenayah itu.

Dalam kejadian tersebut, Jae-myung cedera di urat lehernya dan menjalani pembedahan kecemasan selama berjam-jam.

Namun, dia pulih dengan baik dan dibenarkan keluar dari hospital pada hari yang sama.

Jae-myung tewas kepada Presiden Yoon Suk-yeol pada 2022, dalam saingan pilihan raya presiden paling ketat dalam sejarah Korea Selatan.

Pemimpin itu dijangka bertanding sekali lagi pada 2027. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI