BERTUJUAN mahu membantu selepas menerima beberapa mesej meminta bantuan daripada aktor Aman Graseka, namun akhirnya Sharifah Shahirah yang juga penyampai radio dikecam peminat.
Apatah lagi selepas pelakon senior itu mendakwa tidak tahu- menahu mengenai hal tersebut selain menyatakan dirinya baik-baik sahaja ketika dihubungi media.
Lantaran itu ruangan komen media sosial Sharifah Shahirah atau Shiera dibanjiri kecaman netizen yang memintanya tidak perlu menghebahkan aib orang andai ingin membantu.
Mahu mengelakkan lebih banyak tohmahan, dia kemudian menitipkan pesanan supaya pihak tidak berkaitan jangan memandai-mandai membuat tuduhan. Menantu Datin Maria Arshad itu juga mengingatkan semua individu yang suka serkap jarang membaca dahulu kronologi isu Aman sebelum membuat tuduhan melulu.
MIZZ LAHAR: Apalah nasib seorang artis otai yang hidup menumpang di rumah kenalan.