fbpx

11 sampel diambil di lokasi kebakaran rumah Ahli Parlimen Beruas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN forensik melakukan siasatan di lokasi kebakaran di rumah Ahli Parlimen Beruas, di Ayer Tawar, Manjung hari ini. - Foto IHSAN JBPM

BERUAS – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak mengambil 11 sampel di lokasi kebakaran yang berlaku di kediaman Datuk Ngeh Koo Ham, awal pagi tadi, untuk siasatan lanjut.

Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon, berkata semua sampel itu dibawa ke makmal jabatan itu untuk dianalisis bagi tindakan selanjutnya.

“Kami telah melaksanakan proses forensik kebakaran di lokasi tempat kejadian diketuai oleh Penguasa Kanan Bomba II Mohamed Habib Mohamed Dali dan siasatan yang dijalankan turut dibantu oleh Unit K9 JBPM,” katanya di sini hari ini.

Awal pagi ini, sebuah kereta milik Koo Ham rentung manakala dua lagi rosak dalam kebakaran di garaj kediaman Ahli Parlimen Beruas itu di Ayer Tawar, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kereta Mercedes Benz E300 terbakar 80 peratus manakala Honda CRV dan Toyota Hilux masing-masing mengalami lima peratus kebakaran serta siling dan bumbung garaj kediaman juga terjejas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI