fbpx

80 peratus pelajar B40 layak masuk MRSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 80 peratus pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) layak menyambung pembelajaran di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di seluruh negara.

Perkara tersebut dimaklumkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Ujarnya, jumlah itu melibatkan mereka yang telah lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

“Alhamdulillah 80 peratus pelajar dalam kalangan B40 lepasi UKKM dan layak untuk ditawarkan tahun ini.

“InsyaAllah keputusan kemasukan akan mula disiarkan 18 Januari ini,” katanya.

Terdahulu, Asyraf Wajdi mendedahkan MRSM menerima lebih 104,000 permohonan bagi kemasukan pelajar untuk sesi persekolahan 2024, untuk mengisi 8,679 kekosongan yang ditawarkan di 57 tempat di seluruh negara.

Beliau berkata, berkata jumlah pengambilan pelajar itu termasuk bagi mengisi kekosongan MRSM yang baharu iaitu MRSM Ranau, Sabah dan MRSM Bintulu, Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI