fbpx

Jemaah Menteri kutuk tindakan bakar kediaman Nge Koo Ham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan jenayah membakar kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham awal pagi tadi.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil yang juga Menteri Komunikasi berkata, Jemaah Menteri mengingatkan seluruh rakyat agar bertindak berlandas undang-undang termasuk dalam mengurus perbezaan pandangan.

“Jangan sesekali cuba membuat percubaan mengapi-apikan sentimen atau menghasut rakyat melanggar undang-undang.

“Jemaah Menteri turut memberi amaran keras bahawa sebarang tindakan melanggar undang-undang akan diambil tindakan tegas oleh pihak berkuasa,” katanya pada sidang akhbar sejurus mesyuarat Kabinet, hari ini.

Katanya, kerajaan turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat (JKDM) kerana berjaya memadam kebakaran tersebut.

Awal pagi tadi, kediaman Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar, Manjung, Perak itu diserang menggunakan bahan letupan, ‘molotov cocktail’.

Dalam kejadian itu, kejadian itu menyebabkan kebakaran yang turut memusnahkan tiga kenderaan miliknya termasuk Mercedes E300, Honda CRV dan Toyota Hilux. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI