fbpx

Sadio Mane tamatkan zaman bujang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SADIO Mane kini sah bergelar suami kepada gadis berusia 19 tahun. - AGENSI

 

DAKAR (SENEGAL) – Bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane memperoleh semangat tambahan sebelum memulakan Piala Negara-Negara Afrika apabila kini sah bergelar suami kepada gadis berusia 19 tahun.

Bagaimanapun, perkahwinanya dengan Aisha Tamba itu dilangsungkan secara tertutup dan dipercayai diadakan di Keur Massar iaitu kawasan komuniti di Dakar, Ahad lalu.

Menerusi gambar yang tersebar di media sosial, bintang kelab Arab Saudi, Al-Nassr itu dan pasangannya mengenakan pakaian serba putih.

Daripada ciapan video di platform X oleh @abdullahayofel, Mane disifatkan sebagai individu yang cukup bersederhana.

“Seorang individu yang cukup bersederhana, tahniah Sadio Mane, semoga Allah merahmati perkahwinan anda,” menurut ciapan @abdullahayofel.

Ketika berkhidmat di Liverpool, Mane ambil pendekatan tidak membuat sebarang pengumuman mengenai perhubungannya dengan Aisha

Sebelum ini, Mane juga cukup dikenali sebagai pemain berhati mulia apabila menggunakan gajinya untuk membina masjid, sekolah, stesen minyak dan juga hospital.

Terbaharu, laporan media tempatan melaporkan Mane turut membina stadium di kampung halamannya di Bambali.

Selepas ini, Mane akan bersama skuad kebangsaan Senegal hadapi Piala Negara-Negara Afrika bermula dengan aksi menentang Gambia, Isnin ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN