fbpx

Al-Sultan Abdullah mahu masyarakat tidak perkecilkan bakat golongan autisme

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah berkenan merasmikan Mercure Living Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah supaya masyarakat tidak memperkecilkan keupayaan dan merendahkan golongan autisme.

Baginda bertitah, masyarakat sepatutnya menyokong kelebihan yang dimiliki golongan berkenaan walau dimana mereka berada.

“Saya ucapkan syabas kepada anak-anak autisme. Kita semua harus mendoakan supaya mereka dapat bersama dengan masyarakat di mana sahaja meraka berada,” titahnya ketika merasmikan Mercure Living Putrajaya, di sini hari ini.

Baginda pada masa sama turut menzahirkan rasa kagum terhadap karya seni anak-anak austisme yang dipersembahkan kepada baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini.

“Beta dimaklumkan semua gambar-gambar lukisan dalam hotel (Mercure Living Putrajaya) ini dilukis oleh anak-anak autisme. Saya dapat lihat begitu cantik sekali dan begitu menarik sekali lukisan-lukisan yang dipersembahkan kepada saya dan permaisuri tadi,” katanya.

Mercure Living Putrajaya adalah hotel bertaraf lima bintang yang turut menyokong inisiatif dengan mempamerkan karya seni kanak-kanak autisme di dalam setiap bilik hotelnya.

Usaha dilakukan Mecure Living Putrajaya ini bertepatan dengan saranan oleh Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah bagi membantu kanak-kanak kurang upaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI