fbpx

Puteri Sarah nafi dakwaan bakal nikahi pelakon Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI Sarah terkejut dengan dakwaan bakal menamatkan zaman janda dengan pelakon Indonesia. Andi Arsyil.

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Sarah Liyana kesal apabila tular dakwaan tidak berasas dirinya bakal mendirikan rumah tangga dengan aktor Indonesia, Andi Arsyil baru-baru ini.

Pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 39, itu turut menyifatkan segala desus-desus yang hangat diperkatakan selama ini hanya fitnah semata-mata sedangkan kemesraannya bersama Andy hanya bersandarakan hubungan perniagaan tanpa ada perasaan romantis.

“Mana ada saya nak kahwin dalam masa terdekat? Saya pula tak tahu diri sendiri akan kahwin.

“Hubungan saya dengan Andi buat masa ini memang hanya sebagai rakan perniagaan yang kami usahakan bersama iaitu menjual produk penjagaan wajah dan tudung. Tidak lebih daripada itu pun.

“Saya tak suka bila ada orang yang keluarkan kenyataan sebegitu kerana boleh mendatangkan fitnah. Kalau Andi tahu, dia pun mungkin tak suka,” katanya ketika dihubungi HibGlam.

Melihat ramai menzahirkan sokongan dan doa agar hubungan dengan Andi berakhir sehingga ke jenjang pelamin, dia berterima kasih untuk setiap doa namun menegaskan masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Pelakon yang popular menerusi drama Hijrah Jannah itu juga turut memasang harapan dan berdoa dijauhkan daripada sebarang isu sensasi seperti tahun-tahun sebelum ini.

“Buat masa ini, fokus saya hanya pada membesarkan anak-anak dan bisnes yang baru sahaja bermula.

“Jadi, tiada sebarang perancangan berkahwin buat masa ini seperti yang didakwa segelintir pihak. Belum tiba masanya lagi.

“Azam saya untuk tahun 2024 ini ialah mengelak daripada terpalit daripada sebarang kontroversi harap terjadilah begitu,” ujarnya.

Puteri Sarah dan Andi sebelum ini digosipkan sedang menjalin hubungan cinta apabila kerap muncul bersama dalam siaran langsung TikTok.

Pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu bagaimanapun sebelum ini menegaskan hubungannya dengan dan Andi hanya sekadar rakan perniagaan.

Puteri Sarah yang kini bergelar ibu tunggal pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah dan juga pelakon, Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014.

Jodoh tidak berpanjangan, mereka bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkongsian hidup, Sarah dan Syamsul dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI