fbpx

Polis sahkan kebakaran kereta Ahli Parlimen Beruas berunsur khianat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran kereta di kediaman Koo Ham awal pagi tadi. Ihsan JBPM Perak

LUMUT – Polis mengesahkan terdapat kemungkinan perbuatan khianat dalam kejadian kebakaran di garaj kediaman Datuk Ngeh Koo Ham sehingga menyebabkan tiga kenderaan dan sebahagian siling dan bumbung rumah Ahli Parlimen Beruas itu terbakar, awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, berkata ia berikutan penemuan satu botol disyaki ‘molotov cocktail’ di lokasi kejadian.

“Sehubungan itu, kes didiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api dan akan disiasat secara terperinci daripada pelbagai sudut,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, usaha mengesan individu yang terlibat masih diteruskan dan polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan kes tersebut.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian agar menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd. Azalan Ab. Karim di talian 019-3927837 bagi membantu siasatan.

Awal pagi ini, sebuah kereta milik Koo Ham rentung manakala dua lagi rosak dalam kebakaran di garaj kediaman Ahli Parlimen Beruas itu di Ayer Tawar, dekat sini awal pagi ini.

Berikutan kejadian itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, dalam kenyataannya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu yang mengancam keselamatan nyawa keluarga Koo Ham dan menegaskan bahawa apa sahaja bentuk unsur keganasan tidak boleh diterima sekali dalam menangani perbezaan dalam masyarakat.

Menteri Pengangkutan itu juga menyeru pihak Kementerian Dalam Negeri dan PDRM supaya mengambil perhatian serius dalam kejadian itu dan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjaga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI