fbpx

Kaut untung RM280,000 beri projek pada syarikat suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Tindakan seorang bekas ketua operasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengaut untung sehingga RM280,000 dengan dipercayai memberikan kerja-kerja pengangkutan kepada suaminya sendiri memakan diri apabila direman bermula hari ini.

Suspek wanita berusia 40-an itu direman selama tiga hari selepas perintah dikeluarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman.

Kerja-kerja pengangkutan itu melibatkan penghantaran barang seperti minyak masak.

Sumber berkata, suspek terdahulu ditahan kira-kira pukul 2 petang semalam ketika selepas hadir memberikan keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek melakukan kesalahan tersebut pada dua tahun lalu.

“Suspek dikatakan menyalahgunakan kuasa dengan terlibat dalam pelantikan syarikat milik suaminya sebagai syarikat subkontrak pengangkutan.

“Nilai kerja-kerja tersebut dianggarkan lebih RM300,000 bagi tempoh setahun bermula Mei 2022,” katanya hari ini.

Jelas sumber, semua bayaran subkontrak berjumlah kira-kira RM280,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik suspek.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim menegaskan kes itu disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI