fbpx

Keane ramal nasib Ten Hag, muak aksi Hojlund

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HOJLUND terlepas beberapa peluang terbaik untuk meledak gol ketika United meraih kemenangan ke atas Wigan awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Bekas kapten Manchester United, Roy Keane percaya bahawa pengurus semasa pasukan itu, Erik Ten Hag akan dipecat dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Ten Hag berjaya mengemudi pasukan tersebut mara ke pusingan keempat Piala FA selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Wigan Athletic awal pagi semalam hasil jaringan Diogo Dalot dan Bruno Fernandes.

Bagaimanapun, aksi tersebut menyaksikan United terlepas banyak peluang terbaik menentang pasukan dari Liga Satu England terutama menerusi penyerang utama, Rasmus Hojlund menyebabkan Keane percaya DNA Ten Hag masih belum jelas.

“Perkataan yang kita sering dengar adalah ‘projek’, namun ia langsung tidak kelihatan dalam aksi kali ini dan beberapa bulan lalu. Saya fikir beliau (Ten Hag) tidak akan kekal lama di Old Trafford, mungkin hanya untuk beberapa bulan lagi.

“Mereka layak ke pusingan berikutnya dan undian untuk mereka nampak mudah, tetapi anda perlu tindakan persembahan. Banyak peluang dihasilkan kali ini, namun gagal disudahkan dengan baik,” katanya.

Keane juga turut menyelar prestasi yang dipamerkan penggempur utama United, Rasmus Hojlund yang terlepas sekurang-kurangnya tidak peluang terbaik untuk menghasilkan gol menentang Wigan.

“Saya rasa sangat marah. Kami mahu melihat United yang sebenar, tetapi mereka hanya menunjukkan aksi seperti biasa iaitu terlepas banyak peluang terbaik dan tidak klinikal di depan gol.

“Apakah kita sentiasa boleh menerima alasan penyerang kehilangan tuah setiap kali dia gagal menyudahkan peluang yang terbaik. Sebagai penyerang anda perlu meletakkan bola di dalam gawang, itu sahaja. Hentikan semua perkara mengarut,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI