fbpx

Pemandu teksi jumpa wang RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WILAILAK menemui sejumlah wang berhampiran sebuah hotel di Pattaya, Jumaat lalu. - Foto Pattaya Daily News

BANGKOK –  Seorang pemandu teksi motosikal di Pattaya menerima pujian kerana kejujurannya, lapor portal berita Pattaya Daily News semalam.

Dia menerima pujian selepas menyerahkan kepada polis sejumlah besar wang milik seorang pelancong yang tercicir di jalan raya berhampiran sebuah hotel pada 5 Januari lalu.

Wilailak Pimnoi, 58, sedang menunggu pelanggan  di Pattaya Third Road sekitar pukul 8.30 malam (waktu tempatan). 

Dia tiba-tiba melihat  melihat sebuah beg mengandungi wang 1,500 (RM7,632) dan 10,800 baht (RM1,432) di atas jalan raya. 

Wilailak mengambil beg itu dan segera menghubungi polis Pattaya yang  tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian.

Polis memuji Wilailak atas kejujuran dan kemurahan hatinya dan akan cuba mencari pemilik wang itu.

Polis berkata bahawa wang itu akan disimpan sebagai bahan bukti sehingga dituntut oleh pemiliknya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI