fbpx

Takut api neraka, Lucinta mahu kembali jadi lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUCINTA LUNA

SELEPAS mahu bertaubat impak menonton sebuah filem mengenai seksa neraka, pempengaruh transgender Indonesia, Lucinta Luna mahu meneruskan usaha membuat amalan baik.

Antaranya adalah memberi sumbangan rambut palsu kepada seorang wanita yang menjadi mangsa serangan anjing.

Katanya, daripada membakar barangan peribadi termasuk baju dalam dan rambut palsunya, lebih baik didermakan.

“Pada 2024 aku akan memulakan perubahan yang sangat dahsyat. Daripada aku bakar, lebih elok disumbangkan,” katanya .

“Aku dimaklumkan mengenai seorang gadis yang digigit anjing di kepala, jadi rambut palsu akan didermakan kepadanya,” ujar Lucinta.

Nama Lucinta atau Muhammad Fatah bukan asing dalam dunia hiburan apabila sering terkait dengan pelbagai kontroversi termasuk membuang alat kelamin lelaki, mengaku hamil dan berkahwin dengan seorang lelaki kulit putih.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI